Pemimpin zalim
2021 Malaysia dipimpin oleh kerajaan zalim. Di pimpin oleh tangan-tangan jahat yang kerosakan akal fikiran rakyat demi kepentingan diri sendiri.
Penzalim yang merupakan pendusta milenia. Mereka menjerut leher rakyat. Jika rakyat tidak patuh kepada para Penzalim ini, mereka bersumpah akan menyusahkan kehidupan rakyat, di sekat dan ditindas hak kebebasan rakyat. Rakyat yang patuh ibarat tikus makmal, bagi membolehkan para Penzalim ini mengaut keuntungan.
Adakah rakyat akan terus ditindas dan diperbodohkan. Hak-hak kebebasan dalam perlembagaan di rogol dengan rakus. Ramai yang membuta kan mata termasuk alim ulama. Penguatkuasa menjadi boneka mengikut telunjuk para Penzalim. Jika ada yang menentang akan dikenakan tindakan tatatertib. Rakyat yang bersuara kerana kematian ahli keluarga hasil tangan Penzalim ditangkap dan difitnah.
Mereka, para Penzalim ini adalah wakil-wakil yang di pilih untuk menjaga kebajikan rakyat. Seperti bak kata pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi!"
Masihkah kita berdiam diri? Haruskah kita membiarkan Penzalim yang melakukan kerosakan di muka bumi ini bebas berkuasa?
Comments
Post a Comment